Blog ini mengajak semua lapisan masyarakat, terutama cikgu dan pelajar serta wanita yang bekerja untuk menambah pengetahuan dan berkongsi pendapat. Sebagai guru Bahasa Inggeris, saya sedar adalah penting kita menguasai bahasa ini. Saya akan menerangkan langka-langkah untuk berjaya dalam bahasa ini. Saya juga mengajak wanita untuk menyertai perniagaan sambilan . Blog ini dibangunkan pada 1 Oktober 2009.
Monday, October 12, 2009
Tuesday, October 6, 2009
CALON PMR
Kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR esok....selamat maju jaya. Semoga berjaya di dalam pemeriksaan seterusnya berjaya melangkah lebih jauh.
.
.
.
.
Thursday, October 1, 2009
Gempa bumi susulan dijangka akan bereterusan beberapa hari
KUALA LUMPUR: Gegaran susulan dijangka akan berterusan untuk beberapa hari ekoran gempa bumi berskala 7.6 Richter yang berlaku di Padang, Sumatera barat, semalam.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang kerana kekuatan gempa bumi susulan yang berlaku hari ini dan pada beberapa hari akan datang dijangkakan semakin lemah, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).
JMM berkata sejak semalam, lapan gegaran susulan direkodkan berskala 4.5 hingga 6.8 Richter.
Satu daripadanya sekuat 6.8 skala Richter turut dirasai di Semenanjung pada pukul 9.53 pagi hari ini iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
"JMM akan sentiasa memantau dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku serta mengeluarkan amaran sekiranya berlaku ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya.
JMM berkata gempa bumi yang menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk di Padang telah menyebabkan tsunami kecil setinggi 0.27m sekitar Padang dan tidak mengancam Malaysia.
Ramai lari keluar dari bangunan tinggi di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung apabila gegaran turut dirasai petang semalam. BERNAMA

Demam denggi ragut mangsa ke-71
KUALA LUMPUR 1 Okt. — Satu kematian dilapor akibat demam denggi pada minggu lepas menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 71 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
Beliau berkata, pemandu teksi berusia 46 tahun berasal dari Cheng, Melaka yang turut menghidap penyakit darah tinggi itu meninggal dunia pada 21 Sept. selepas komplikasi jangkitan denggi berdarah.
Beliau berkata, jumlah kes demam denggi minggu lepas sepanjang tempoh 20 hingga 26 Sept. menurun kepada 338 kes berbanding 497 kes pada minggu sebelumnya.
“Penurunan kes yang ketara ini kemungkinan disebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana mereka yang mempunyai simptom demam denggi tidak mendapatkan rawatan kerana sibuk dengan sambutan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)