Tuesday, October 20, 2009

Pelajar Sekolah Gempar Lihat 35 Sejadah Berdiri

Pelajar Sekolah Gempar Lihat 35 Sejadah Berdiri Di Surau

PASIR MAS, 20 Okt (Bernama) -- Warga Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di sini, gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya, Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan."Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.
"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.
"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.
Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.
Manakala bagi Pembantu Penguasa pejabat Agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.
"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya. Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada Jabatan Agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu. Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat.-- BERNAMA

Monday, October 12, 2009

MPV PEUGEOT 5008, 2010.NANTI..MENARIK...










Tuesday, October 6, 2009

CALON PMR

Kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR esok....selamat maju jaya. Semoga berjaya di dalam pemeriksaan seterusnya berjaya melangkah lebih jauh.
.
.

Thursday, October 1, 2009

Gempa bumi susulan dijangka akan bereterusan beberapa hari

KUALA LUMPUR: Gegaran susulan dijangka akan berterusan untuk beberapa hari ekoran gempa bumi berskala 7.6 Richter yang berlaku di Padang, Sumatera barat, semalam.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang kerana kekuatan gempa bumi susulan yang berlaku hari ini dan pada beberapa hari akan datang dijangkakan semakin lemah, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).
JMM berkata sejak semalam, lapan gegaran susulan direkodkan berskala 4.5 hingga 6.8 Richter.
Satu daripadanya sekuat 6.8 skala Richter turut dirasai di Semenanjung pada pukul 9.53 pagi hari ini iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
"JMM akan sentiasa memantau dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku serta mengeluarkan amaran sekiranya berlaku ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya.
JMM berkata gempa bumi yang menyebabkan ramai terkorban dan kemusnahan yang teruk di Padang telah menyebabkan tsunami kecil setinggi 0.27m sekitar Padang dan tidak mengancam Malaysia.
Ramai lari keluar dari bangunan tinggi di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung apabila gegaran turut dirasai petang semalam. BERNAMA

Demam denggi ragut mangsa ke-71

KUALA LUMPUR 1 Okt. — Satu kematian dilapor akibat demam denggi pada minggu lepas menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 71 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
Beliau berkata, pemandu teksi berusia 46 tahun berasal dari Cheng, Melaka yang turut menghidap penyakit darah tinggi itu meninggal dunia pada 21 Sept. selepas komplikasi jangkitan denggi berdarah.
Beliau berkata, jumlah kes demam denggi minggu lepas sepanjang tempoh 20 hingga 26 Sept. menurun kepada 338 kes berbanding 497 kes pada minggu sebelumnya.
“Penurunan kes yang ketara ini kemungkinan disebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana mereka yang mempunyai simptom demam denggi tidak mendapatkan rawatan kerana sibuk dengan sambutan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama